Wednesday, 8 April 2015
Matthew Davies perkuat pertahanan skuad Tok Gajah
PEMAIN muda daripada Australia Matthew Davies menjadi tonggak baharu pasukan bola sepak Pahang untuk mengukuhkan posisi pertahanan dalam menghadapi saingan Liga Malaysia.
Davies, 20, berkata, keputusan untuk menyertai pasukan Tok Gajah dibuat setelah mendapatkan nasihat dari bekas pemain Australia yang pernah menabur bakti di sini seperti Alan Dividson dan Anthony Milicic.
Katanya, Malaysia bukan asing bagi dirinya memandangkan ibunya berasal daripada Sabah manakala bapanya rakyat Australia.
Pemain kelahiran Perth, Australia itu berkata, beliau lebih teruja untuk bermain selepas menyaksikan Pahang menewaskan Pulau Pinang 2-0 pada perlawanan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Makmur di sini, semalam.
Ketua Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan memberitahu Davies akan memulakan latihan dengan rakan sepasukan hari ini, bagi mencari keserasian sebelum membuat penampilan sulung pada perlawanan akan datang.
"Kita berharap Davies akan memberi impak maksimum dan memperbaiki kelemahan pasukan Pahang dalam menghadapi saingan liga," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan menentang Pulau Pinang di sini, semalam.
Mengulas prestasi anak buahnya pada perlawanan itu, Zainal Abidin berkata, pasukan telah menunjukkan disiplin lebih baik dan tidak banyak mengulangi kesilapan pada babak akhir perlawanan.
"Walaupun banyak melepaskan peluang untuk menambah jaringan tapi yang penting dapat mempertahankan gawang daripada dibolosi.
"Ini amat penting yang memberi kelebihan untuk kami menghadapi perlawanan kedua di tempat lawan dan memberi satu motivasi buat pasukan," katanya.
Juara bertahan Pahang menceriakan penyokong tuan rumah apabila menundukkan pendahulu Liga Perdana Pulau Pinang 2-0 menerusi jaringan Mohd Hafiz Kamal pada minit ke-9 dan Dickson Nwakaeme minit ke-14 di Stadium Darul Makmur malam tadi. -
Monday, 6 April 2015
PAS BOLEH BERDIRI SENDIRI
PAS boleh berjuang sendirian tanpa DAP, PKR
KOTA BAHARU: Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS mampu berjuang bersendirian walaupun disingkirkan daripada pakatan pembangkang.
Mohd Amar yang juga Anggota Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata PAS pernah melalui zaman sukar selepas keluar daripada Barisan Nasional (BN), namun mampu bangkit dan menawan Kelantan pada pilihan raya umum ke-8 pada 1990.
"Jadi kalau kawan-kawan kita (DAP dan Parti Keadilan Rakyat) berkeras untuk berpecah, maka kita tak ada pilihanlah.
"Kita sudah ada pengalaman berbanding orang lain dan kita pernah menang Kelantan ini bersendirian, kita sudah ada rekod itu, bukan kita nak berbangga," katanya selepas menghadiri mesyuarat EXCO di Kota Darul Naim di sini, hari ini.
Beliau mengulas krisis pakatan pembangkang kini berikutan penentangan DAP dan PKR terhadap rang undang-undang persendirian berkaitan hudud.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebelum ini mengumumkan keputusan parti itu untuk memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan tindakannya yang bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan. Ini disusuli tindakan drastik DAP Sarawak yang mengumumkan keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu minggu lalu atas alasan sama, manakala PKR dan DAP Sabah turut mengumumkan keputusan sama, kelmarin.
Mohd Amar berkata DAP dan PKR perlu belajar bertolak ansur serta menghormati dasar parti rakan dalam pakatan itu.
"Sebagaimana PAS bertolak ansur dalam isu PBT (pilihan raya pihak berkuasa tempatan di Pulau Pinang), maka kita harap DAP pun bertolak ansurlah.
"Menyerang Presiden PAS ini sikap tidak bijaksana dalam hubungan, kita tak serang peribadi dan tidak serang pimpinan DAP,"
SYARIKAT KERETA TURUNKAN HARGA KERANA GST??
KUALA LUMPUR - Lebih banyak syarikat mengumumkan penurunan harga kenderaan mereka, berikutan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) hari ini.
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, Mercedes-Benz, Perodua dan Sime Darby Auto Connexion telah mengurangkan harga sehingga RM10,000 sejajar dengan cadangan kerajaan dan Akta Anti-Pencatutan 2011.
Sime Darby Auto Connexion, pengedar kenderaan Ford, menurunkan harga Ranger 3.2 XLT 4×4 Automatic kepada RM110,504.80 daripada RM110,506.45 sebelum ini, manakala S-Max 2.0 dikurangkan kepada RM198,833.41 berbanding 198,933.90 sebelum GST.
Harga kereta Mercedes-Benz dijual di Malaysia turun sebanyak RM10,000 berbanding sebelum GST.
"Kami gembira untuk mengumumkan yang harga kereta kami telah dikurangkan berikutan pelaksanaan GST.
"Ini mematuhi sepenuhnya cadangan kerajaan dan Akta Anti-Pencatutan 2011 dan demi kepentingan pengguna, kami akan terus menawarkan perkhidmatan dan kualiti terbaik," kata Naib Presiden, Jualan dan Pemasaran Kereta Penumpang Mercedes-Benz Malaysia, Mark Raine.
Selepas enam peratus GST mulai hari ini, harga Mercedes-Benz E300 Blue TEC Hybrid turun 2.87 peratus kepada RM338,888 daripada RM348,888 (tanpa insurans).
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd mengumumkan ia mengurangkan harga kenderaan sebanyak 0.3 peratus hingga dua peratus untuk model terurai sepenuhnya, walaupun harga model siap dipasang kekal tidak berubah.
Pengeluar kereta tempatan, Perodua mengurangkan harga keretanya di antara 0.1 dan 1.6 peratus, tetapi harga alat ganti tidak berubah.
Bagaimanapun, Volkswagen Malaysia mengekalkan harga jualan bersihnya (tidak termasuk kos atas jalan dan insurans), termasuk GST.
Sebelum ini, semua kereta baharu tertakluk kepada 10 peratus cukai jualan ke atas Harga Jualan Diluluskan Kerajaan.
Bagaimanapun, rejim cukai jualan itu dihapus dan diganti dengan enam peratus GST, iaitu cukai nilai tambah, cukai yang dibayar ke atas nilai yang ditambah kepada produk atau perkhidmatan.
Tuesday, 17 February 2015
SELAMAT DATANG KE BLOG TENGOK-TENGOK
WESTERN FOOD
![]() |








